Product Information
Kulit kekal lebih putih dan cerah
Set pencerahan wajah yang bertindak mencerah secara berperingkat, mengurangkan pigmentasi dan menganjalkan kulit dalam masa 2 minggu. Set ini mampu membersihkan, menyegarkan, mencerahkan wajah supaya lebih cantik berseri dan sihat. Selain itu ia juga boleh mengatasi masalah jeragat, ton warna kulit yang tidak sekata dan parut jerawat. Bagi pengguna yang pernah menggunakan produk pengelupasan dan sudah lama berhenti boleh mengambil. Set Whitening ini sesuai untuk kulit biasa, berminyak, sensitif dan matang.
Simptom Penggunaan:
• Kulit akan kelihatan cerah 7 -14 hari (berbeza setiap individu)
• Sekiranya timbul ruam atau jerawat halus, selangkan pemakaian Concentrated Whitening Cream dan sapu tipis setiap kali penggunaan.
• Sapu kawasan yang pedih, gatal atau menggelupas dengan Soothing Cream dan selang-selikan
penggunaannya dengan Concentrated Whitening Cream di waktu malam.
Set ini mengandungi:
1. Flawless Whitening Cleanser (RM32.00) 100ml
Gel yang lembut pada kulit dengan campuran ‘Milk Cleanser’ dan ‘Gel Cleanser’ di dalam satu pembersih muka. Mengandungi agen pemutih dan bertindak memutih dan mengupas sel-sel kulit mati ketika wajah dicuci. Bertindak mendalam untuk menanggalkan mekap tebal dan kotoran yang menyumbat liang roma dan menjadi punca jerawat. Sesuai untuk semua jenis kulit.
2. Flawless Whitening Toner (RM34.00) 100ml
Penyegar wajah yang mengandungi konsentrasi ekstrak Vitamin C yang bertindak memutihkan wajah. Berkesan mengatasi masalah jeragat, parut jerawat dan ton wajah yang tidak sekata. Bertindak melembapkan kulit yang kering dan mengawal rembesan sebum yang menyebabkan wajah berminyak dan berjerawat. Sesuai untuk semua jenis kulit.
3.Flawless Whitening Concentrated Cream (RM36.00) 15gm
Krim malam konsentrasi yang khusus untuk mencerah dan memutihkan wajah pada waktu malam. Mengatasi secara mendalam untuk memudarkan jeragat, wajah kusam selain menganjalkan wajah untuk lebih gebu dan muda. Hasilnya pengguna akan merasa kulit lebih licin dan tegang pada pagi hari. Ton kulit akan cerah secara berperingkat dari hari ke hari.
4. Flawless Masker & Scrub (RM26.00) 30ml
Penggunaan skrub dan masker amat membantu di dalam perawatan wajah seharian. Ia juga amat digalakkan bagi mereka yang sukar mendapatkan rawatan muka di salon. Ramai yang beranggapan proses memakai masker dan seterusnya rawatan skrub mengambil masa dan melecehkan. Namun kini dengan tidak lagi. Produk terbaru yang diformulasi mengikut jenis kulit ini merupakan produk 3 dalam satu. Ia adalah masker, skrub dan juga kaya dengan agen pencerah kulit. Setiap set juga mengandungi fungsi berbeza serta bahan yang berlainan mengikut jenis kesesuaian kulit. Wajah juga lebih cerah dan halus selepas penggunaan pertama. (kesan berbeza mengikut individu).
Keistimewaan:
• Kaya dengan agen pencerah kulit.
• Menanggalkan sel kulit mati dan lama serta mengimbangi lebihan minyak.
• Melembutkan, melembap dan menghaluskan kulit.
• Menganjalkan dan menjadikan kulit lebih muda berseri.
• Bertindak meresap ke dalam pori-pori untuk mencerahkan kulit dari dalam dengan cepat.
• Membuang kotoran pada kulit yang menjadi punca kulit kusam dan gelap atau jerawat.
• Kesan wajah yang lebih cerah boleh dilihat selepas pertama kali penggunaan sahaja.
Price: RM128.00
0 comments:
Post a Comment